Kod: UZIB15H12M

Umrah Ziarah Turkiye (Istanbul-Bursa) 2025

Pelepasan
2025
Menarik
Istanbul: Masjid Biru (Sultanahmet Cami), Grand Bazaar, Istana Topkapi, Dataran Hippodrome, Pasar Rempah, Pusat Jualan dan Pusat Kilang Kulit (Outlet Leather Center & Factory), Bukit Camlica, Masjid Besar Hagia Sophia (Aya Sofya).
Bursa: Green Tomb (makam Sultan Muhammad Al-Fateh), Masjid Besar Bursa (Ulu Cami), Pasar Sutera (Koza Han)
Makkah: Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja'ranah, Hudaibiyah, Taif.
Madinah: Raudah, Makam Rasulullah SAW, perkuburan Baqi', Masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang kurma.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Bayaran Tambahan).
Dari
MYR
10590
/Seorang

Tempah Sekarang

Maklumat Penerbangan (Saudi Airlines)

Berlepas Tiba No. Penerbangan Hari Masa Tempoh
KUL IST TBA 1 TBA 9
IST MED TBA 14 TBA 4
JED KUL TBA 14 TBA 9

Harga Seorang

Jumlah Hari
15H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 11590
Keluarga Ber-3
RM 12090
Keluarga Ber-2
RM 12990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
15H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 11790
Keluarga Ber-3
RM 12250
Keluarga Ber-2
RM 13290
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10990
Keluarga Ber-3
RM 11590
Keluarga Ber-2
RM 12590
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10590
Keluarga Ber-3
RM 11090
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
14H 12M
Nota
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 11590
Keluarga Ber-3
RM 12090
Keluarga Ber-2
RM 12990

Aturcara

“ATUR CARA 14 HARI  12 MALAM” 

Hari 1: Kuala Lumpur – Istanbul (MDP)

  • Jemaah perlu berkumpul di Aras 5 – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (4 Jam sebelum berlepas).
  • Selesai urusan pendaftaran masuk beserta sesi taklimat ringkas, jemaah akan berlepas ke Istanbul.
  • Tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Istanbul dan disambut oleh pemandu pelancong.
  • Menaiki bas untuk melawat Dataran Hippodrome (sebuah dataran besar yang dahulunya digunakan untuk perlumbaan kereta kuda pada zaman kerajaan Bizantium) dan Masjid Biru (Sultanahmet Cami) yang menandingi  Masjid Besar Hagia Sophia (Aya Sofya). Lawatan di teruskan ke Istana Topkapi (sebuah istana bersejarah yang mempamerkan sejarah empayar Uthmaniyyah).
  • Selepas makan tengah hari, membeli-belah di Bazar Rempah.
  • Daftar masuk hotel – makan malam dan bermalam di Istanbul.

Hari 2: Istanbul – Bursa (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan di bawa ke Pusat Jualan dan Kilang Kulit (pusat membeli-belah & kilang bagi pelbagai produk kulit yang berkualiti tinggi).
  • Meneruskan perjalanan ke Bursa.
  • Setelah tiba di Bursa, makan tengahari di restoran tempatan.
  • Jemaah dibawa melawat Masjid Besar Bursa (Ulu Cami), Green Tomb (makam Sultan Muhammad Al-Fateh) dan Pasar Sutera (Koza Han).
  • Kembali ke hotel di Istanbul – makan malam di hotel dan bermalam.

Hari 3:  Istanbul (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah akan di bawa ke Bukit Camlica (bukit paling tertinggi di Istanbul) yang mengadap ke Bosphorus dan laut Marmara.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Jemaah di bawa untuk membeli belah di Grand Bazaar (yang menempatkan lebih 4,000 gerai).
  • Balik ke hotel – Makan malam dan bermalam di hotel.

Hari 4: Istanbul –Madinah (SP/MT/MM

  • Selepas sarapan pagi, jemaah berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul.
  • Bertolak ke Madinah.
  • Daftar masuk hotel di Madinah – Istirehat.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 5: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan di bawa ziarah dalaman Masjid Nabawi seperti Raudhah (tempat yang sangat mulia dan mustajab untuk berdoa di dalam Masjid Nabawi), Makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab) dan Perkuburan Baqi’.
  • Acara bebas: Masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 6: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah dinasihatkan untuk berwuduk sebelum membuat lawatan.
  • Jemaah akan dibawa ziarah ke luaran bandar Madinah dan menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW), Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain (terkenal dengan mempunyai dua kiblat) dan Masjid Tujuh.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 7: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 8: Madinah – Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Ziarah wida’
  • Bertolak ke Makkah
  • Singgah di Bir Ali untuk berniat Umrah (Miqat)
  • Memakai Ihram dan berniat Umrah di Bir Ali dan bertolak ke Makkah.
  • Daftar masuk hotel – Jemaah akan dibimbing oleh mutawwif untuk mengerjakan umrah pertama.
  • Selesai umrah jemaah dibawa pulang ke hotel – Istirehat.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 9:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa untuk ziarah sekitar Kota Makkah seperti di Jabal Nur (tempat berlakunya peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’), Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
  • Seterusnya ke Masjid Ja’ranahJemaah yang ingin mengerjakan umrah kedua, boleh memakai ihram dan berniat umrah melalui Jabal Nur.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 10: Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 11:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Ziarah ke Hudaibiyah (tempat peristiwa perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy)
  • Jemaah boleh memakai ihram dari hotel dam berniat umrah di Masjid Hudaibiyah untuk umrah ketiga.
  • Melawat ke ladang unta dan kilang kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa).
  • Acara bebas – Masa untuk beribadah dan tawaf sunat di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 12:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 13: Makkah (SP/MDP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur.

Hari 14: Kuala Lumpur

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
  • Semoga mendapat Umrah yang Mabrur- Inshaallah.

 

NOTA:
1. Harga untuk kanak-kanak (5tahun – 11tahun) berkatil potongan sebanyak RM500. (T&C)
2. Harga untuk kanak-kanak (4tahun ke 2tahun) tidak berkatil dan tiada makanan potongan sebanyak RM1000. (T&C)
3. Harga untuk kanak-kanak (bawah 2 tahun) sebanyak RM2000 untuk umrah sahaja dan RM2500 untuk umrah ziarah. (T&C)
4. SP (Sarapan Pagi) | MT (Makan Tengah hari) | MM (Makan Malam) | MDP (Makan Dalam Penerbangan).

PERHATIAN
  • Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
  • Tarikh Penerbangan, Pesawat, Hotel, Aturcara Perjalanan, Tempat Lawatan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa.
  • Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Info Penginapan:

Hotel Makkah: Snood Ajyad@ Setaraf (+- 300 meter)

Snood Ajyad Hotel in La Meca: Reviews, Photos and Prices 2024

Gallery image of this property

 

Hotel Madinah: Andalus Palace Golden @ Setaraf (+- 150 meter)

HOTEL HOTEL AL-ANDALUS PALACE GOLDEN MEDINA 4* (Arab Saudi) - dari MYR 223 | HOTELMIX

AL-ANDALUS PALACE GOLDEN HOTEL MEDINA

 

Remarks:

Deposit & Pembayaran Pakej

  • Bayaran deposit RM 1000 atau 30 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej  bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
  • Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran

Perubahan

  • Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan.

Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan 50% dari harga pakej
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan 80% dari harga pakej
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan 100% daripada harga pakej
  • Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Nota Penting

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  2. Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
  3. Setiap peserta diwajibkan untuk mangambil Insurans perjalanan.
  4. Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
  5. Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
  6. Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
  7. Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
  8. Peserta hendaklah menghantar kepada kami salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  9. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain). Klik disini
  10. Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim.
  11. Jika pelepasan umrah kekurangan peserta, kami akan gabungkan bersama dengan rakan konsurtium kami.
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.

 

Cenderamata:

    • Beg beroda kecil & besar (20 & 24 inci).
    • Beg silang kecil.
    • Kain ihram / Telekung.
    • Uncang kasut & Luggage tag.
    • Kursus & buku panduan umrah.

 

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.
  • Bagasi 25kg
  • Penginapan di hotel (5 Makkah, 4 Madinah, 2 malam Istanbul, 1 malam Bursa).
  • Makan 3kali sehari (Fullboard).
  • Pengangkutan semasa lawatan.
  • Pengangkutan ke/dari lapangan terbang (Jeddah, Madinah, Istanbul).
  • Ziarah Istanbul, Bursa, Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara.
  • Visa Umrah/Pelancong.
  • 3 kali umrah
  • Mutawwif yang bertauliah dan berpengalaman.
  • Insurans berkumpulan.

Harga Tidak Termasuk

  • Bayaran bagasi melebih had.
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon dan lain-lain.