

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Bayaran Tambahan)
Maklumat Penerbangan (Air Asia)
Berlepas | Tiba | No. Penerbangan | Hari | Masa | Tempoh |
KUL | ASB | TBA | 01 | TBA | 7 Jam |
ASB | JED | TBA | 01 | TBA | 3 Jam |
JED | ASB | TBA | 8 | TBA | 3 Jam |
ASB | KUL | TBA | 9 | TBA | 7 Jam |
Harga Seorang
Aturcara
“DISKAUN RM200/ SEORANG (Pendaftaran 04 Jemaah atau lebih)”
Hari 1: Kuala Lumpur – Jeddah – Madinah (MDP/MM)
- Jemaah perlu berkumpul di Aras 5 – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (4 Jam sebelum berlepas).
- Selesai urusan pendaftaran masuk beserta sesi taklimat ringkas, jemaah akan berlepas ke Jeddah (Ashgabat-Turkmenistan).
- Ketibaan di Jeddah, jemaah akan disambut dan dibawa menaiki bas menuju ke Madinah
- Jemaah akan mendaftar masuk hotel selepas mendapat kunci dari Mutawwif – Istirehat.
- Bermalam di hotel
Hari 2: Madinah (SP/MT/MM)
- Jemaah akan di bawa ziarah ke dalam Masjid Nabawi seperti Raudhah (tempat yang sangat mulia untuk berdoa kerana tempat paling mustajab di dalam Masjid Nabawi), Makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab) dan perkuburan Baqi’.
- Acara bebas: Masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 3: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah dinasihatkan untuk berwuduk sebelum membuat lawatan.
- Jemaah akan dibawa ke ziarah luaran bandar Madinah dan menziarahi tempat-tempat seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW – menunaikan solat sunat 2 rakaat setara dengan pahala mengerjakan umrah sekiranya berwuduk sebelum ke Masjid Quba’), Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain (terkenal dengan mempunyai dua kiblat kerana menjadi masjid yang di mana arah kiblat pertama kali diubah dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram) dan Masjid Tujuh.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 4: Madinah – Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi.
- Mandi sunat ihram di hotel / di Masjid Bir Ali.
- Ziarah Wida’
- Daftar keluar hotel.
- Singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (Niat Umrah).
- Tiba di Makkah, daftar masuk hotel.
- Selepas berehat seketika, jemaah mengerjakan umrah pertama bersama mutawwif.
- Setelah selesai mengerjakan umrah, acara bebas –berehat di hotel
- Bermalam di hotel – Makkah
Hari 5: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Acara bebas
- Bermalam di hotel – Makkah
Hari 6: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Jemaah akan dibawa untuk ziarah luaran Kota Makkah seperti di Jabal Nur (tempat berlakunya peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’), Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
- Seterusnya ke Masjid Ja’ranah – Jemaah yang ingin mengerjakan umrah kedua, boleh memakai ihram dan berniat umrah disana.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram
- Bermalam di hotel – Makkah
Hari 7: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram
- Bermalam di hotel – Makkah
Hari 8: Makkah – Jeddah – Kuala Lumpur (SP/MT/MDP)
- Sarapan pagi.
- Daftar keluar hotel.
- Tawaf wida’.
- Berangkat ke Jeddah
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz. dan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- Transit di Ashgabat
Hari 9: Kuala Lumpur
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Semoga mendapat Umrah yang Mabrur – Insha’Allah.
NOTA:
1. Harga untuk kanak-kanak (5tahun – 11tahun) berkatil potongan sebanyak RM300. (T&C)
2. Harga untuk kanak-kanak (4tahun ke 2tahun) tidak berkatil potongan sebanyak RM800. (T&C)
3. Harga untuk kanak-kanak (bawah 2 tahun) sebanyak RM2000 untuk umrah sahaja dan RM2500 untuk umrah ziarah. (T&C)
4. SP (Sarapan Pagi) | MT (Makan Tengah hari) | MM (Makan Malam) | MDP (Makan Dalam Penerbangan)
- Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
- Tarikh Penerbangan, Pesawat, Hotel, Aturcara Perjalanan, Tempat Lawatan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa.
- Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Info Penginapan:
Hotel Makkah: Al Kiswah Tower @ Setaraf (900m- Shuttle bus ke Masjidilharam di dediakan 24jam)
Hotel Madinah: Miraj Taiba Hotel @ Setaraf (300m)
Remarks:
Deposit & Pembayaran Pakej
- Bayaran deposit RM 1000 atau 30 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
- Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
- Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
- Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran
Perubahan
- Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
- Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
- Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
- Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan.
Pembatalan
Tempoh | Caj Pembatalan |
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan | Tiada pemulangan deposit |
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan | Tiada pemulangan deposit |
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan | 50% dari harga pakej |
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan | 80% dari harga pakej |
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan | 100% daripada harga pakej |
- Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Nota Penting
- Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
- Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
- Setiap peserta diwajibkan untuk mangambil Insurans perjalanan.
- Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
- Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
- Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
- Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
- Peserta hendaklah menghantar kepada kami salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain). Klik disini
- Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim.
- Jika pelepasan umrah kekurangan peserta, kami akan gabungkan bersama dengan rakan konsurtium kami.
- Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.
Cenderamata:
- Beg silang kecil.
- beg kasut & Luggage tag.
- Air zam-zam (5 liter).
- Kursus & buku panduan umrah.
Harga Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik (Turkmenistan Airlines)
- Bagasi 2x 20kg (40kg)
- Penginapan di hotel 4 malam Makkah & 3 malam Madinah.
- Pengangkutan semasa lawatan.
- Pengangkutan ke/dari lapangan terbang.
- Ziarah Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara.
- Visa Umrah / Pelancong.
- Mutawwif yang berpengalaman.
- Insurans berkumpulan.
Harga Tidak Termasuk
- Bayaran bagasi melebihi had.
- Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon dan lain-lain.