Umrah Ziarah Cairo & Alexandria

Kod

UZCAI14H12M

Pelepasan

Musim 2018 - 2019

Menarik

Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Ja’ranah, Taman Bunga Montaza, Istana Raja Farouq, Kubu Sultan Abd Nasir Al-Qaitbey, Maqam Nabi Daniel, Maqam Luqman Al-Hakim, Morsi Abu El Abbass Mosque, Pyramids Sphinx, Bazaar Khan Khalili, Masjid Sultan Hassan, Masjid Al-Azhar & Maqam Imam Shafie.

Dari
MYR
7700
/Seorang

Tempah Sekarang

Pertanyaan? Hubungi kami melalui WhatsApp atau FB Messenger

Maklumat Penerbangan ()

Berlepas Tiba No. Penerbangan Hari Masa Tempoh
Kuala Lumpur Jeddah SV 843 1 2335 - 03455
Madinah Cairo SV 317 10 1805 - 1900
Cairo Jeddah SV 304 13 2245 - 0150
Jeddah Kuala Lumpur SV 842 14 0800 - 2135

Harga Seorang

Tarikh Berlepas Jumlah Hari Jenis Bilik Sektor Masuk & Keluar Pendaftaran
Bercampur lelaki / perempuan Keluarga Ber-5 Keluarga Ber-4 Keluarga Ber-3 Keluarga Ber-2
23NOV-06DEC 14H 12M RM RM 8300 RM 8500 RM 8900 RM 9500 Ziarah Dahulu DIBUKA
09DEC-22DEC 14H 12M RM RM 8300 RM 8500 RM 8900 RM 9500 Ziarah Dahulu DIBUKA
06JAN-19JAN 14H 12M RM RM 7700 RM 7900 RM 8400 RM 9000 Ziarah Dahulu DIBUKA
20JAN-02JAN 14H 12M RM RM 8300 RM 8500 RM 8900 RM 9500 Ziarah dahulu DIBUKA
16FEB-01MAC 14H 12M RM RM 7700 RM 7900 RM 8400 RM 9500 Ziarah Dahulu DIBUKA
15MAR-29MAC 14H12M RM 7590 RM 8390 RM 8590 RM 8900 RM 9500 Ziarah Dahulu DIBUKA

Aturcara

Hari 1 :  Kuala Lumpur – Jeddah (MDP)

  • Jemaah berkumpul di aras 5 Lapangan Terbang KLIA,  3 Jam sebelum waktu berlepas (Lokasi berkumpul akan dimaklumkan 7 hari sebelum penerbangan)
  • Setelah selesai urusan di lapangan terbang, peserta akan menaiki penerbangan ke Jeddah (Jemaah perlu bersiap sedia memakai ihram sebelum menaiki penerbangan. Jika ada kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai pengiring kami serta bersedia apa yang patut sebelum menaiki penerbangan)
  • 1 jam sebelum mendarat, peserta akan dimaklumkan untuk berniat Umrah dan membuat persediaan (Segala pantang larang dalam ihram haruslah dipatuh selepas berniat dan dinasihatkan perbanyakkan zikir serta selawat dan membaca buku panduan umrah)

Hari 2 :   Jeddah – Makkah (SP/MT/MM)

  • Tiba di Lapangan Terbang Jeddah
  • Menaiki bas menuju Mekah
  • Tiba di Makkah, Daftar masuk hotel
  • Selepas berehat seketika, Jemaah mengerjakan umrah pertama bersama Mutawwif
  • Setelah selesai mengerjakan umrah, Acara Bebas –Berehat

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 3:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina & Ja’ranah (di Ja’ranah jemaah boleh berniat ihram untuk mengerjakan umrah).
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 4:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram
  • Lawatan Pilihan (Lawatan ke Taif – 150 Riyal)

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 5:  Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa melawat Hudaibiyah (Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh memakai ihram dan berniat Umrah di Masjid Hudaibiyah)
  • Singgah di Ladang Unta dan Kilang Kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi).
  • Balik ke Makkah.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 6:  Makkah – Madinah  (SP/MT/MDP)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Tawaf wida’
  • Berangkat ke Madinah
  • Tiba di Madinah, daftar masuk hotel dan beristirehat

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 7:  Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dinasihatkan berwuduk di hotel sebelum membuat lawatan.
  • Jemaah dibawa Ziarah Raudhah, Maqam Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta perkuburan Baqi’
  • Acara bebas – memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 8:  Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dinasihatkan berwuduk di hotel sebelum membuat lawatan.
  • Jemaah dibawa menziarahi Masjid Quba’ (pahala solat sunat di Masjid Quba’ bersamaan dengan mengerjakan umrah sekiranya berwuduk di rumah/ hotel), Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Ladang kurma
  • Acara Bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 9: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan beribadah di Masjid Nabawi

Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT/MM)

Hari 10:  Madinah – Cairo (SP/MT/MDP)

  • Sarapan Pagi di hotel
  • Selepas ziarah wida’, berangkat ke Lapangan Terbang.
  • Menaiki Pesawat menuju Cairo
  • Tiba di Cairo di jemput olih pemandu Pelancong dan di bawa ke hotel
  • Daftar masuk hotel, Istirehat

Sarapan dan Makan Tengahari di Madinah adalah di hotel – Menggunakan catering dari pihak syarikat dan makan secara “buffet” (SP/MT)

Untuk Makan Malam di Cairo, jemaah akan diberikan bekalan makanan yang di bungkus sebagai makan malam (MM)

 Hari 11:  Cairo (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Melawat Pyramids Sphinx dan Bazaar
  • Membelibelah di  Perfume Kilang Minyak wangi, Papyrus Museum, kedai barang kemas dan kedai yang menjual barang tempatanmenjual bermacam-macam hasil barangan tempatan.

Sarapan di Cairo adalah di hotel – dan makan secara “buffet” (SP)

Manakala, Makan Tengahari dan Makan Malam di Cairo adalah di restoran (MT/MM)

Hari 12 : Cairo – Alexandria (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi,
  • Menaiki bas menuju Iskandariah (Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam)
  • Melawat King Faruk Palace
  • Bersiar-siar di Bandaraya Alexandria yang terletak di persisiran Laut Madetarranean
  • Melawat Taman Bunga Montaza, Istana Raja Farouq, Kubu Sultan Abd Nasir Al-Qaitbey, Ma  qam Nabi  Daniel, Maqam Luqman Al-Hakim dan Morsi Abu El Abbass Mosque.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Melalui perpustakaan terbesar,  Bibliotheca Alexandrina
  • Selesai lawatan, balik ke Cairo
  • Makan malam
  • Kembali ke hotel, bermalam

Sarapan di Cairo adalah di hotel – dan makan secara “buffet” (SP)

Manakala, Makan Tengahari dan Makan Malam di Cairo adalah di restoran (MT/MM)

Hari 13:  Cairo  – Lapangan Terbang (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi daftar keluar hotel
  • Lawatan  dengan menziarahi Masjid Sultan Hassan, Masjid Al-Azhar dan Maqam Imam Shafie.
  • Makan tengahari di restoran tempatan
  • Melawat sekitar bandar Cairo dan melawat Citadel Salah El Din dan Gawhara Palace
  • Membeli belah di Khan El Khalili Bazaar
  • Selepas makan malam di restoran tempatan, peserta akan di hantar ke Lapangan Terbang

Sarapan di Cairo adalah di hotel – dan makan secara “buffet” (SP)

Manakala, Makan Tengahari dan Makan Malam di Cairo adalah di restoran (MT/MM)

Hari 14 :  Kuala Lumpur (MDP)

  • InsyaAllah tiba di Kuala Lumpur
  • Semoga mendapat Umrah yang Mabrur

Nota:

  1. Aturcara, tarikh, jenis penerbangan & harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis
  2. Maklumat persediaan umrah serta tips kelengkapan akan diberikan 7 hari sebelum penerbangan
  3. Harga untuk kanak-kanak berkatil sama dengan harga dewasa
  4. Harga kanak-kanak tidak berkatil adalah potongan sebanyak RM500 seorang
  5. Harga kanak-kanak tidak berkatil untuk 4 tahun ke bawah dan tiada makanan adalah potongan sebanyak RM 500
  6. SP – Sarapan pagi | MT – Makan tengah hari | MM – Makan malam | MDP – Makan dalam penerbangan

Penerbangan: Saudi Airline/ Oman Air/ Etihad/Qatar Airways/Egypt Air/ Emirates/Malaysia Airlines/Royal Jordan

Info Penginapan:

  • Cairo – Aracan Pyramid Hotel / Setaraf – 3 Bintang (bilik berdua)

  • Hotel Makkah: Jawharat Al-Waad/ Setaraf (+_200 meter dari Masjidil Haram)

    Hotel Madinah: Concord Taibah/ Setaraf  (80 Meter dari Masjid Nabawi)

Remarks:

Deposit & Pembayaran Pakej

  • Bayaran deposit 50 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej  bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
  • Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran

Perubahan

  • Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan sebanyak RM 200 seorang.

Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan 50% dari harga pakej
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan 80% dari harga pakej
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan 100% daripada harga pakej
  • Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Nota Penting

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  2. Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
  3. Sekiranya peserta tidak melebihi 15 orang, tiada tour leader dari Al Masyhur International Travel & Tours.
  4. Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
  5. Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
  6. Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
  7. Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga (triple room). Oleh itu, penempahan bilik bertiga berdasarkan bilik berdua dan katil tambahan, dan mengikut harga bilik berdua.
  8. Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
  9. Peserta hendaklah emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  10. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).
  11. Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim tetapi sarapan yang dihidangkan di hotel adalah mengikut standard sarapan antarabangsa.
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.

 

Kod QR Pakej:

Harga Termasuk:

  • Tiket Penerbangan Pergi Balik (Kelas Ekonomi)
  • Bagasi pergi Balik 23 KG
  • Penginapan Hotel
  • Makanan Seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan bagi lawatan
  • Pengangkutan ke/dari Lapangan Terbang
  • Ziarah/Lawatan di Cairo,Iskandariah, Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara
  • Visa Umrah
  • Mutawwif yang berpengalaman
  • Umrah 3x

CENDERAMATA

  • Beg besar beroda, beg sedang (hand carry) dan beg silang kecil
  • Kain Ihram / Telekung
  • Uncang Kasut
  • Air Zam – Zam 5 Liter
  • Kursus & Buku Panduan Umrah

 

Cenderamata:

Harga Tidak Termasuk:

  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj Peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dan lain – lain
  • Poterage di hotel

[wdi_feed id=”2″]

× Boleh saya bantu?