Aturcara
“DISKAUN RM200/ SEORANG (Pendaftaran 04 Jemaah atau lebih)”
“ATURCARA PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH”
Hari 1: Kuala Lumpur – Jeddah – Makkah (MDP/MM)
- Jemaah perlu berkumpul di Aras 5 – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (4 Jam sebelum berlepas).
- Selesai urusan pendaftaran masuk beserta sesi taklimat ringkas, jemaah akan berlepas ke Jeddah.
- Jemaah di nasihatkan memakai ihram di KLIA
- Berniat Umrah sebelum melepasi Qarnul Manazil ( akan di Umumkan 60 minit sebelum tiba di Jeddah
- Ketibaan di Jeddah, jemaah akan disambut dan dibawa menaiki bas menuju Makkah.
- Tiba di Makkah, daftar masuk hotel – Jemaah akan dibimbing oleh mutawwif untuk mengerjakan Umrah Pertama.
- Selesai Umrah Istirehat di hotel
Hari 2: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 3: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- .Jemaah akan dibawa untuk ziarah sekitar Kota Makkah seperti di Jabal Nur (tempat berlakunya peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’), Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
- Seterusnya ke Masjid Ja’ranah – Jemaah yang ingin mengerjakan umrah kedua, boleh memakai ihram dan berniat umrah
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 4: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 5: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Ziarah ke Hudaibiyah (tempat perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy)
- Jemaah boleh memakai ihram dari hotel dan berniat umrah di Masjid Hudaibiyah untuk umrah ketiga.
- Melawat kilang kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa).
- Acara bebas – Masa untuk beribadah dan tawaf sunat di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 6: Makkah – Taif – Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’: Tawaf perpisahan di Masjidil Haram.
- Jemaah di bawa melawat Kota Taif
- Jemaah akan bertolak ke Madinah.
- Urusan daftar masuk hotel – Istirehat.
- Bermalam di hotel – Madinah
Hari 7: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 8: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah akan di bawa ziarah ke dalaman Masjid Nabawi seperti Raudhah (tempat yang sangat mulia untuk berdoa kerana tempat paling mustajab di dalam Masjid Nabawi), Makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab) dan perkuburan Baqi’.
- Acara bebas: Masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 9: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah dinasihatkan untuk berwuduk sebelum membuat lawatan.
- Jemaah akan dibawa ke ziarah luaran bandar Madinah dan menziarahi tempat-tempat seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW – menunaikan solat sunat 2 rakaat setara dengan pahala mengerjakan umrah sekiranya berwuduk sebelum ke Masjid Quba’), Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain (terkenal dengan mempunyai dua kiblat kerana menjadi masjid yang di mana arah kiblat pertama kali diubah dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram) dan Masjid Tujuh.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 10: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 11: Madinah – Kuala Lumpur (SP/MDP)
- Jemaah akan melakukan ziarah Wida’.
- Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah untuk berlepas ke Kuala Lumpur.
Hari 12: Kuala Lumpur
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Semoga mendapat Umrah yang Mabrur- Inshaallah.
NOTA:
1. Harga untuk kanak-kanak (5tahun – 11tahun) berkatil potongan sebanyak RM500. (T&C)
2. Harga untuk kanak-kanak (4tahun ke 2tahun) tidak berkatil dan tiada makanan potongan sebanyak RM1000. (T&C)
3. Harga untuk kanak-kanak (bawah 2 tahun) sebanyak RM2000 untuk umrah sahaja dan RM2500 untuk umrah ziarah. (T&C)
4. SP (Sarapan Pagi) | MT (Makan Tengah hari) | MM (Makan Malam) | MDP (Makan Dalam Penerbangan)
PERHATIAN
- Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
- Tarikh Penerbangan, Pesawat, Hotel, Aturcara Perjalanan, Tempat Lawatan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa.
- Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.