Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Bayaran Tambahan)
Maklumat Penerbangan (Etihad Airways)
Berlepas | Tiba | No. Penerbangan | Hari | Masa | Tempoh |
KUL | AUH | TBA | 01 | TBA | 7 Jam |
AUH | JED | TBA | 01 | TBA | 3 Jam |
JED | AUH | TBA | 11 | TBA | 3 Jam |
AUH | KUL | TBA | 12 | TBA | 7 Jam |
Harga Seorang
Aturcara
“DISKAUN RM200/ SEORANG (Pendaftaran 04 Jemaah atau lebih)”
Hari 1: Kuala Lumpur – Jeddah – Taif (MDP/MM)
- Jemaah perlu berkumpul di Aras 5 – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (4 Jam sebelum berlepas).
- Selesai urusan pendaftaran masuk beserta sesi taklimat ringkas, jemaah akan berlepas ke Jeddah (Transit Abu Dhabi).
- Ketibaan di Jeddah, jemaah akan disambut dan dibawa menaiki bas menuju ke Taif.
- Jemaah akan mendaftar masuk hotel selepas mendapat kunci dari Mutawwif – Istirehat.
- Bermalam di hotel – Taif.
Hari 2: Taif – Makkah (SP/MT/MM)
- Selepas sarapan pagi, jemaah di bawa melawat sekitar Taif.
- Memakai Ihram dan berniat Umrah di Qarnul Manazil dan bertolak ke Mekkah.
- Daftar masuk hotel – Jemaah akan dibimbing oleh mutawwif untuk mengerjakan Umrah Pertama.
- Selesai umrah jemaah di bawa pulang ke hotel – Istirehat.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 3: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah akan dibawa untuk ziarah sekitar Kota Makkah seperti di Jabal Nur (tempat berlakunya peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’), Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
- Seterusnya ke Masjid Ja’ranah – Jemaah yang ingin mengerjakan umrah kedua, boleh memakai ihram dan berniat umrah melalui Jabal Nur.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 4: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 5: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Ziarah ke Hudaibiyah (tempat perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy)
- Jemaah boleh memakai ihram dari hotel dan berniat umrah di Masjid Hudaibiyah untuk umrah ketiga.
- Melawat ke ladang unta dan kilang kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa).
- Acara bebas – Masa untuk beribadah dan tawaf sunat di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 6: Makkah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
- Bermalam di hotel – Makkah.
Hari 7: Makkah – Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’: Tawaf perpisahan di Masjidil Haram.
- Jemaah akan bertolak ke Madinah.
- Urusan daftar masuk hotel – Istirehat.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 8: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah akan di bawa ziarah ke dalaman Masjid Nabawi seperti Raudhah (tempat yang sangat mulia untuk berdoa kerana tempat paling mustajab di dalam Masjid Nabawi), Makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab) dan perkuburan Baqi’.
- Acara bebas: Masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 9: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Jemaah dinasihatkan untuk berwuduk sebelum membuat lawatan.
- Jemaah akan dibawa ke ziarah luaran bandar Madinah dan menziarahi tempat-tempat seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW – menunaikan solat sunat 2 rakaat setara dengan pahala mengerjakan umrah sekiranya berwuduk sebelum ke Masjid Quba’), Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain (terkenal dengan mempunyai dua kiblat kerana menjadi masjid yang di mana arah kiblat pertama kali diubah dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram) dan Masjid Tujuh.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 10: Madinah (SP/MT/MM)
- Sarapan pagi di hotel.
- Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
- Bermalam di hotel – Madinah.
Hari 11: Madinah – Kuala Lumpur (SP/MT/MDP)
- Jemaah akan melakukan ziarah Wida’.
- Dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz untuk berlepas ke Kuala Lumpur. (Transit Abu Dhabi)
Hari 12: Kuala Lumpur
- Tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Semoga mendapat Umrah yang Mabrur- Inshaallah.
NOTA:
1. Harga untuk kanak-kanak (5tahun – 11tahun) berkatil potongan sebanyak RM500. (T&C)
2. Harga untuk kanak-kanak (4tahun ke 2tahun) tidak berkatil dan tiada makanan potongan sebanyak RM1000. (T&C)
3. Harga untuk kanak-kanak (bawah 2 tahun) sebanyak RM2000 untuk umrah sahaja dan RM2500 untuk umrah ziarah. (T&C)
4. SP (Sarapan Pagi) | MT (Makan Tengah hari) | MM (Makan Malam) | MDP (Makan Dalam Penerbangan)
- Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
- Tarikh Penerbangan, Pesawat, Hotel, Aturcara Perjalanan, Tempat Lawatan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa.
- Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Remarks:
Deposit & Pembayaran Pakej
- Bayaran deposit RM 1000 atau 30 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
- Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
- Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
- Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran
Perubahan
- Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
- Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
- Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
- Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan.
Pembatalan
Tempoh | Caj Pembatalan |
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan | Tiada pemulangan deposit |
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan | Tiada pemulangan deposit |
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan | 50% dari harga pakej |
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan | 80% dari harga pakej |
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan | 100% daripada harga pakej |
- Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Nota Penting
- Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
- Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
- Setiap peserta diwajibkan untuk mangambil Insurans perjalanan.
- Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
- Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
- Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
- Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
- Peserta hendaklah menghantar kepada kami salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain). Klik disini
- Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim.
- Jika pelepasan umrah kekurangan peserta, kami akan gabungkan bersama dengan rakan konsurtium kami.
- Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.
Cenderamata:
- Beg beroda kecil & besar (20 & 24 inci).
- Beg silang kecil.
- Kain ihram / Telekung.
- Uncang kasut & Luggage tag.
- Air zam-zam (5 liter).
- Kursus & buku panduan umrah.
Harga Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.
- Bagasi 30kg.
- Penginapan di hotel 1 malam Taif, 5 malam Makkah & 4 malam Madinah.
- Makan 3kali sehari (Fullboard).
- Pengangkutan semasa lawatan.
- Pengangkutan ke/dari lapangan terbang.
- Ziarah Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara.
- Visa Umrah / Pelancong.
- Mutawwif yang bertauliah dan berpengalaman.
- Insurans berkumpulan.
Harga Tidak Termasuk
- Bayaran bagasi melebihi had.
- Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon dan lain-lain.