Pakej Umrah Eksklusif

Kod

UPVIP

Pelepasan

Mengikut Tarikh Jemaah

Menarik

Masjidil Haram, Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Ja’ranah, Masjid Hudaibiyah, Ladang Unta, , Masjid Nabawi, Raudhah, Perkuburan Baqi’, Masjid Quba’ Jbal Uhud, Ladang kurma

Dari
MYR
7900
/Seorang

Tempah Sekarang

Pertanyaan? Hubungi kami melalui WhatsApp atau FB Messenger

Maklumat Penerbangan ()

Berlepas Tiba No. Penerbangan Hari Masa Tempoh

Harga Seorang

Tarikh Berlepas Jumlah Hari Jenis Bilik Sektor Masuk & Keluar Pendaftaran
Bercampur lelaki / perempuan Keluarga Ber-5 Keluarga Ber-4 Keluarga Ber-3 Keluarga Ber-2
Bebas 8H 7M RM RM RM 7900 RM 9800 RM 10500 VIP DIBUKA
*Penambahan Malam - RM RM RM 500 RM 700 RM 1000 DIBUKA

Aturcara

Hari 1 – Jeddah / Madinah 

  • Tiba di Lapangan terbang Jeddah / Madinah, Jemaah dijemput dan menuju ke Hotel di Madinah dengan menaiki bas/kereta berhawa dingin
  • Daftar Masuk hotel – berehat.
  • Jemaah di bawa untuk ziarah ke Raudah, makam Rasulullah dan sahabat serta perkuburan Baqi’
  • Optional Makan tengahari dan malam di madinah

Hari 02 : Madinah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dinasihatkan berwuduk di hotel sebelum membuat lawatan.
  • Jemaah dibawa menziarahi Masjid Quba’ (pahala solat sunat di Masjid Quba’ bersamaan dengan mengerjakan umrah sekiranya berwuduk di hotel), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Ladang kurma
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi
  • Optional Makan tengahari dan malam di madinah

Hari 03 : Madinah – Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Selepas ziarah wida’ berangkat ke Makkah.
  • Memakai dan berniat ihram di Bir Ali.
  • Tiba di Makkah, Daftar masuk hotel
  • Selepas berehat seketika, Jemaah mengerjakan umrah pertama bersama Mutawwif
  • Setelah selesai mengerjakan umrah, Acara Bebas –Berehat

Hari 04 : Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina & Ja’ranah (di Ja’ranah jemaah boleh berniat ihram untuk mengerjakan umrah).
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Hari 05 : Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Hari 06 : Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa melawat Hudaibiyah
  • Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh memakai ihram dan bermiqat di Masjid Hudaibiyah.
  • Singgah di Ladang Unta dan Kilang Kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi).
  • Balik ke Makkah.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Hari 07 : Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Hari 08 : Makkah (SP/-/-)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas
  • Selepas makan tengahari, daftar keluar hotel
  • Tawaf wida’
  • Berangkat ke Jeddah
  • Singgah di Masjid Terapung
  • Menuju ke Lapangan terbang
  • Meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia

Info Penginapan:

  • Makkah – hotel 5 bintang sekitar 50 Meter dari Masjidil Haram (Jemaah umrah boleh memilih hotel tetapi mengikut kekosongan)
  • Madinah – Hotel 5 bintang sekitar 50 Meter dari Masjid Nabawi (Jemaah umrah boleh memilih hotel tetapi mengikut kekosongan)

Remarks:

Deposit & Pembayaran Pakej

  • Bayaran deposit 50 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej  bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
  • Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran

Perubahan

  • Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan sebanyak RM 200 seorang.

Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan 50% dari harga pakej
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan 80% dari harga pakej
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan 100% daripada harga pakej
  • Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Nota Penting

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  2. Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
  3. Sekiranya peserta tidak melebihi 15 orang, tiada tour leader dari Al Masyhur International Travel & Tours.
  4. Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
  5. Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
  6. Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
  7. Tidak semua hotel mempunyai bilik bertiga (triple room). Oleh itu, penempahan bilik bertiga berdasarkan bilik berdua dan katil tambahan, dan mengikut harga bilik berdua.
  8. Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
  9. Peserta hendaklah emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  10. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).
  11. Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim tetapi sarapan yang dihidangkan di hotel adalah mengikut standard sarapan antarabangsa.
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.

 

Kod QR Pakej:

Harga Termasuk:

  • Penginapan 5 Malam di Hotel 5 Bintang di Makkah (50 Meter dari Masjidil Haram )
  • Penginapan 2 Malam di Hotel 5 Bintang di Madinah (50 Meter dari Masjid Nabawi)
  • Sarapan pagi di Hotel
  • Mutawwif
  • Visa Umrah
  • Pengangkutan Berhawa Dingin
  • Ziarah Makkah dan Madinah
  • 5 Liter Air Zam Zam
  • Porter

Cenderamata:

Harga Tidak Termasuk:

  • Tiket Penerbangan Antarabangsa & Domestik
  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dan lain-lain
  • Insurans perjalanan
  • Cukai lapangan terbang

× Boleh saya bantu?