Kod: UDBH12H10M

Pakej Umrah Doubletree by Hilton – Malaysia Airlines

Pelepasan
2022
Menarik
" Ziarah 4 Kota: Jeddah, Mekah, Madinah & Taif"

Dari
MYR
6990
/Seorang

Tempah Sekarang

Maklumat Penerbangan (Malaysia Airlines)

Berlepas Tiba No. Penerbangan Hari Masa Tempoh
KUL MED Malaysia Airlines 1 1020 - 1440
JED KUL Malaysia Airlines 11 1740 - 0755+1

Harga Seorang

Jumlah Hari
12H 10M
Nota
MED-JED
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 6990
Jumlah Hari
12H 10M
Nota
MED-JED
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 6990
Jumlah Hari
12H 10M
Nota
MED-JED
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 7490
Jumlah Hari
12H 10M
Nota
JED-MED
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 6990

Aturcara

Aturcara

Pakej Umrah Visa Pelancong

“ATURCARA PENERBANGAN TERUS KE MADINAH”

Hari 01 – Kuala Lumpur – Madinah (MDP – MM)

  • Jemaah berkumpul di lapangan terbang KLIA, 3 Jam sebelum waktu berlepas
  • Jemaah akan berlepas ke madinah (Penerbangan Terus)
  • Tiba di Lapangan Terbang Madinah  di jemput menaiki bas menuju hotel
  • Daftar masuk hotel – berehat

Hari 02 : Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah di bawa untuk menziarahi Raudhah, makam Rasulullah dan sahabat serta perkuburan Baqi’
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi

Hari 03 : Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dinasihatkan berwuduk di hotel sebelum membuat lawatan
  • Jemaah dibawa menziarahi Masjid Quba’(pahala solat sunat di Masjid Quba’ bersamaan dengan mengerjakan umrah sekiranya berwuduk di rumah/hotel),  Jabal Uhud dan Ladang kurma, Masjid Qiblatain
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi

 Hari 04 : Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi

 Hari 05 : Madinah – Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi
  • Mandi sunat ihram di hotel / di Masjid Bir Ali
  • Ziarah Wida”
  • Daftar keluar hotel
  • Singgah di Masjid BIR ALI untuk Bermiqat ( Niat Umrah)
  • Tiba di Makkah, daftar masuk hotel
  • Selepas berehat seketika, jemaah mengerjakan umrah pertama bersama mutawwif
  • Setelah selesai mengerjakan umrah, acara bebas –berehat

Hari 06 : Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan beribadah di Masjidil Haram

 Hari 07 : Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina & Ja’ranah (di Ja’ranah jemaah boleh berniat ihram untuk mengerjakan umrah)
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

 Hari 08 : Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

 Hari 09 : Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Jemaah dibawa melawat Hudaibiyah. (Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh memakai ihram dan berniat Umrah di Masjid Hudaibiyah)
  • Melawat Ladang Unta dan Muzium Mekkah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi).
  • Balik ke Makkah
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram

Hari 10 : Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel
  • Acara bebas – Memperbanyakkan beribadah di Masjidil Haram

 Hari 11 : Makkah – Jeddah (SP/MT/MDP)

  • Sarapan pagi
  • Daftar keluar hotel
  • Tawaf wida’
  • Berangkat ke Lapanan Terbang Jeddah
  • Tiba di Lapangan Terbang menaiki Penerbangan Ke Kuala Lumpur

Hari 12 : Kuala Lumpur

  • Tiba di Malaysia
  • Semoga mendapat Umrah yang Mabrur- Inshaallah

Nota:

  1. Harga untuk kanak-kanak berkatil sama dengan harga dewasa
  2. Aturcara, tarikh, jenis penerbangan & harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis
  3. SP – Sarapan pagi | MT – Makan tengah hari | MM – Makan malam | MDP – Makan dalam penerbangan

11 KELEBIHAN PAKEJ UMRAH VISA PELANCONG :-

1. Harga pakej lebih murah dan mampu milik;

2. Boleh pilih pakej bilik quad (sebilik berkongsi 4 orang);

3. Boleh bawa anak-anak berumur 12 tahun ke atas tertakluk kepada terma & syarat;

4. Peluang menziarah kota Taif secara PERCUMA;

5. Wanita di bawah umur 45 tahun tidak perlu mahram.

6. Tempahan permit umrah, permit solat di Masjidilharam dan permit solat di Rawdah serta permit ziarah maqam Rasulullah tertakluk kepada slot yang ada (available slots) melalui aplikasi Etamarna dan Tawakkalna.

7. Visa tourist valid selama 1 tahun dan boleh diguna beberapa kali sepanjang validity.

8. Jemaah tetap dibawah seliaan syarikat umrah Saudi, Al Hussam Co;

9. Bimbingan mutawwif dari Malaysia disediakan;

10. Makan fullboard di hotel Makkah dan Madinah;

11. Penerbangan Malaysia Airlines terus ke Madinah.

 

 

Info Penginapan:

Makkah: Hilton Doubletree @ Setaraf (5 Bintang) +_ 180 Meter (Shuttle bas ke Masjidilharam)

Gallery image of this property

Gallery image of this property

Gallery image of this property

Hotel Madinah: Mawaddah Al Waha @ setaraf

Image result for mawaddah al waha madinah

Image result for mawaddah al waha madinah

 

Remarks:

Deposit & Pembayaran Pakej

  • Bayaran deposit RM 1000 atau 30 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej  bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
  • Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran

Perubahan

  • Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan.

Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan 50% dari harga pakej
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan 80% dari harga pakej
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan 100% daripada harga pakej
  • Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Nota Penting

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  2. Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
  3. Setiap peserta diwajibkan untuk mangambil Insurans perjalanan.
  4. Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
  5. Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
  6. Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
  7. Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
  8. Peserta hendaklah menghantar kepada kami salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  9. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain). Klik disini
  10. Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim.
  11. Jika pelepasan umrah kekurangan peserta, kami akan gabungkan bersama dengan rakan konsurtium kami.
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.

 

Cenderamata:

    • Beg beroda kecil & besar (20 & 24 inci)
    • Beg silang kecil
    • Kain ihram / Telekung
    • Uncang kasut & Luggage tag
    • Air zam-zam (5 liter)
    • Kursus & buku panduan umrah

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik
  • Bagasi pergi/balik 30kg
  • Penginapan di hotel 10 malam di hotel Makkah dan Madinah
  • Makan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan di di Tanah Suci
  • Ziarah Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara
  • Visa Pelancong
  • Mutawwif yang berpengalaman
  • Insurans berkumpulan

Harga Tidak Termasuk

  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dan lain-lain