Kod: UJB15H13M

Umrah 15Hari 13Malam Malaysia Airlines (Terus ke Madinah dari Senai)

Pelepasan
2025
Menarik
Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Masjid Ja'ranah, Hudaibiyah, Bermalam di Taif, Raudah, Makam Rasulullah SAW, perkuburan Baqi', Masjid Quba', Jabal Uhud, Ladang kurma.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Bayaran Tambahan)
Dari
MYR
9890
/Seorang

Tempah Sekarang

Maklumat Penerbangan (Malaysia Airlines)

Berlepas Tiba No. Penerbangan Hari Masa Tempoh
JHB MED MH162 01 1135 8
JED JHB MH155 14 1840 8

Harga Seorang

Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 9890
Keluarga Ber-3
RM 10790
Keluarga Ber-2
RM 11790
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 9890
Keluarga Ber-3
RM 10790
Keluarga Ber-2
RM 11790
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 9890
Keluarga Ber-3
RM 10790
Keluarga Ber-2
RM 11790
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10190
Keluarga Ber-3
RM 10990
Keluarga Ber-2
RM 11990
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 10890
Keluarga Ber-3
RM 11790
Keluarga Ber-2
RM 12790
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 11890
Keluarga Ber-3
RM 12890
Keluarga Ber-2
RM 13790
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 9890
Keluarga Ber-3
RM 10790
Keluarga Ber-2
RM 12290
Jumlah Hari
15H 13M
Nota
MH
Pendaftaran
DIBUKA
Jenis Bilik
Keluarga Ber-4
RM 9890
Keluarga Ber-3
RM 10790
Keluarga Ber-2
RM 12290

Aturcara

Hari 1: Senai – Madinah (MDP/MM)

  • Jemaah berkumpul di Lapangan Terbang Senai (4 jam sebelum waktu perlepasan).
  • Selesai urusan pendaftaran masuk berserta maklumat ringkas, jemaah akan berlepas ke Madinah.
  • Ketibaan di Madinah, jemaah akan disambut dan dibawa menaiki bas menuju ke hotel.
  • Jemaah akan mendaftar masuk hotel selepas mendapat kunci dari Mutawwif – Istirehat.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 2: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan di bawa ziarah dalaman Masjid Nabawi seperti Raudhah (tempat yang sangat mulia untuk berdoa kerana tempat paling mustajab di dalam Masjid Nabawi), Makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya (Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab) dan perkuburan Baqi’.
  • Acara bebas: Masa untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 3: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Dinasihatkan untuk berwuduk sebelum melakukan ziarah.
  • Jemaah akan dibawa ke ziarah luaran bandar Madinah dan menziarahi tempat-tempat seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW – menunaikan solat sunat 2 rakaat setara dengan pahala mengerjakan umrah sekiranya berwuduk sebelum ke Masjid Quba’), Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain (terkenal dengan mempunyai dua kiblat kerana menjadi masjid yang di mana arah kiblat pertama kali diubah dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram) dan Masjid Tujuh.
  • Acara bebas: Memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 4 – 6: Madinah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi seperti berdoa dan berzikir.
  • Bermalam di hotel – Madinah.

Hari 7: Madinah – Taif (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibimbimg untuk ziarah Wida’ di mana ziarah perpisahan dengan Nabi Muhammad SAW sebelum meninggalkan Madinah.
  • Jemaah akan bergerak ke Taif selepas selesai urusan Ziarah Wida’ dan daftar keluar hotel.
  • Ketibaan di Taif, jemaah akan daftar masuk hotel dan beristirehat.
  • Bermalam di hotel – Taif.

Hari 8: Taif – Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Menziarahi Taif untuk menyusuri keindahan sekitar Taif.
  • Selepas daripada lawatan di Taif, jemaah hendaklah memakai Ihram dan niat Umrah di Qarnul Manazil.
  • Jemaah akan bergerak ke Makkah.
  • Setelah tiba di hotel, Jemaah akan daftar masuk hotel dan berehat seketika sebelum menunaikan umrah pertama yang dibimbing oleh mutawwif.
  • Setelah selesai umrah pertama, jemaah akan kembali ke hotel untuk berehat.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 9: Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan dibawa untuk ziarah luar  di Kota Makkah seperti di Jabal Nur (tempat berlakunya peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’), Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina.
  • Seterusnya ke Masjid Ja’ranahJemaah yang ingin mengerjakan umrah kedua, boleh memakai ihram dan berniat umrah melalui Jabal Nur.
  • Acara bebas – Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 10: Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – masa untuk beribadah dan tawaf sunat di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 11: Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Ziarah ke Hudaibiyah (tempat perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan kaum Quraisy).
  • Jemaah boleh memakai ihram dari hotel dan berniat umrah di Masjid Hudaibiyah untuk umrah ketiga.
  • Melawat ke ladang unta dan kilang kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa).
  • Acara bebas – Masa untuk beribadah dan tawaf sunat di Masjidil Haram.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 12 – 13: Makkah (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Acara bebas – memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram seperti tawaf sunat, solat, dan berdoa.
  • Bermalam di hotel – Makkah.

Hari 14: Makkah – Senai (SP/MDP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’: Tawaf perpisahan di Masjidil Haram.
  • Setelah selesai daftar keluar hotel, jemaah akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz untuk berlepas ke Senai.

Hari 15: Senai

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
  • Semoga para jemaah mendapat umrah yang mabrur – InsyaAllah.

 

NOTA:

1. Harga untuk kanak-kanak (5tahun – 11tahun) berkatil potongan sebanyak RM500. (T&C)
2. Harga untuk kanak-kanak (4tahun ke 2tahun) tidak berkatil dan tiada makanan potongan sebanyak RM1000. (T&C)
3. Harga untuk kanak-kanak (bawah 2 tahun) sebanyak RM2000 untuk umrah sahaja dan RM2500 untuk umrah ziarah. (T&C)
4. SP (Sarapan Pagi) | MT (Makan Tengah hari) | MM (Makan Malam) | MDP (Makan Dalam Penerbangan)

PERHATIAN
  • Semua harga yang dipaparkan bergantung kepada perubahan harga tiket penerbangan, hotel, bas, visa dan cukai VAT baru (15%) Saudi.
  • Tarikh Penerbangan, Pesawat, Hotel, Aturcara Perjalanan, Tempat Lawatan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa.
  • Al Masyhur International Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Info Penginapan:

Hotel Makkah: Malak Ajyad @ Setaraf (+- 450 meter)

 

Hotel Madinah: Nozol Royal Inn @ Setaraf – dulu dikenali sebagai Nozol Monawarah/ Munwara (+- 150 meter)

 

Remarks:

Deposit & Pembayaran Pakej

  • Bayaran deposit RM 1000 atau 30 peratus (bergantung kepada pihak AMI Travel) dari harga pakej  bagi setiap peserta diperlukan selepas menerima pengesahan tempahan dari pihak Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Bayaran penuh perlu dibuat 49 hari sebelum tarikh pelepasan.
  • Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh pelepasan, Al Masyhur International Travel & Tours berhak membatalkan tempahan tersebut dan tidak memulangkan deposit.
  • Sila klik di sini untuk mengetahui cara pembayaran

Perubahan

  • Tiada perubahan boleh dibuat dalam tempoh 49 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Namun sekiranya peserta ingin pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia, peserta perlu menghantar surat atau emel rasmi 45 hari sebelum tarikh pelepasan tetapi bergantung kepada budi bicara Al Masyhur International Travel & Tours
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk menolak atau menerima permintaan peserta untuk pulang lewat atau awal dari tarikh dijangka tiba di Malaysia.
  • Sekiranya dibenarkan, sebarang tambahan kos adalah tanggungjawab peserta dan caj pengurusan akan dikenakan.

Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan
50 hari atau lebih dari tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
40 – 49 hari sebelum tarikh pelepasan Tiada pemulangan deposit
30 – 39 sebelum tarikh pelepasan 50% dari harga pakej
25 – 29 sebelum tarikh pelepasan 80% dari harga pakej
< 25 hari sebelum tarikh pelepasan 100% daripada harga pakej
  • Pembatalan tempahan oleh peserta perlu dibuat melalui email atau surat rasmi kepada Al Masyhur International Travel & Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Nota Penting

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan turun naik mata wang, caj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  2. Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat sebarang perubahan, meminda atau mengubah aturcara dengan notis atau tanpa notis awal.
  3. Setiap peserta diwajibkan untuk mangambil Insurans perjalanan.
  4. Tempoh bayaran balik (refund) adalah tertakluk kepada Operator Pelancongan dan faktor – faktor lain, kemungkinan melebihi dua (2) bulan.
  5. Semua hotel dan penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan dikeluarkan oleh Al Masyhur International Travel & Tours.
  6. Tidak semua hotel mempunyai kemudahan cerek air dan seterika.
  7. Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia.
  8. Peserta hendaklah menghantar kepada kami salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  9. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain). Klik disini
  10. Semua makanan yang disediakan di dalam pakej adalah sesuai untuk Muslim.
  11. Jika pelepasan umrah kekurangan peserta, kami akan gabungkan bersama dengan rakan konsurtium kami.
  12. Tertakluk kepada terma dan syarat Al Masyhur International Travel & Tours.

 

Cenderamata:

  • Beg beroda kecil & besar (20 & 24 inci).
  • Beg silang kecil.
  • Kain ihram / Telekung.
  • Uncang kasut & Luggage tag.
  • Air zam-zam (5 liter).
  • Kursus & buku panduan umrah.

Harga Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.
  • Bagasi 30kg.
  • Penginapan di hotel 6 malam di hotel Makkah 6 malam di Madinah dan 1 malam di Taif.
  • Makan 3kali sehari (Fullboard).
  • Pengangkutan semasa lawatan.
  • Pengangkutan ke/dari lapangan terbang.
  • Ziarah Makkah dan Madinah seperti dalam aturcara.
  • Visa Umrah/Pelancong.
  • Mutawwif yang bertauliah dan berpengalaman.
  • Insurans berkumpulan.

Harga Tidak Termasuk

  • Bayaran bagasi melebihi had.
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon dan lain-lain.

No photo description available.