Pendaftaran Umrah
Syarat Pendaftaran
- Pendaftaran ini dibuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia (Tertakluk kepada syarat-syarat permohonan visa Umrah)
- Deposit diperlukan selepas maklumat pendaftaran dihantar kepada kami
- Anda akan dihubungi sekiranya ada perubahan tarikh pakej dan jenis bilik dalam masa 5 hari bekerja setelah bukti pembayaran kami terima. Jika tidak terdapat kekosongan pada tarikh yang didaftarkan atau atas sebab-sebab yang tertentu, pihak AL MASYHUR INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD. berhak menawarkan tarikh pakej yang lain.
- AL MASYHUR INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD. berhak mengubah mana-mana perkara yang terkandung di dalam maklumat pakej tanpa notis terlebih dahulu.
- Maklumat berkaitan surcaj penukaran dan pembatalan pakej, sila rujuk bahagian “REMARK” dibawah aturcara pakej.
Panduan Am
- Borang ini adalah untuk semua peserta (tidak perlu isi borang berasingan).
- Pastikan anda menggunakan alamat email yang betul.
- Langkah Pertama: Isi borang, Langkah Kedua: Semak maklumat. Jika maklumat tepat, klik hantar.
- Anda akan mendapat satu emel, sila baca emel tersebut(PENTING). Contohnya: Cara bayaran, dokumen dan kursus.
Permohonan Visa Umrah
Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan
- Pastikan passport anda mempunyai tempoh sah sekurang – kurangnya 6 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia dengan 6 muka surat kosong.
- Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
- Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
- Salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19.
Dokumen Tambahan sila rujuk: Disini